Template Contest Design Baju Kaki Blogger (Klik Untuk Tumbesaran)


Syarat-syarat Penyertaan dan Hadiah

  • Hadiah : Percutian di Langkawi (2 Hari 1 Malam) Untuk 2 Orang. (Tidak Termasuk Pengangkutan Ke Langkawi)
  • Tarikh tutup menghantar penyertaan : 5 April 2011
  • Durasi contest : 5 April 2011 sehingga 23 May 2011
  • Tarikh umum pemenang : 1 JUN 2011
  • Cara pemilihan : Design Peserta Akan Diletakkan Di Album Fanpage KakiBLOGGER. Pemenang dipilih berdasarkan 50% jumlah like tertinggi dan 50% dari admin-admin KakiBLOGGER sendiri.
  • Peserta dikehendaki menggunakan template yang telah disediakan dan letakkan banner pertandingan di sidebar blog. 
  • Design yang telah siap boleh terus dihantar ke fanpage KakiBLOGGER
  • Bagi yang mempunyai blog : Anda dikehendaki membuat 1 entry di blog anda sendiri untuk mempromosi design baju anda.
  • Pemenang akan diumumkan di Fanpage KakiBLOGGER
Banner Contest

    Zine KakiBlogger yang pertama bertajuk R O K O K dah boleh didownload. Zine ini hanya kompilasi beberapa entri kakiblogger mengenai tajuk yang dipilih iaitu  
    R O K O K. Dan malangnya sambutan yang diterima sangat sedikit. Ada beberapa orang blogger sahaja yang join. Tapi zine ini tetap diterbitkan. Jadi harap semua boleh baca dan bantu kami menyebarkan zine ini kerana kami berharap zine akan datang KakiBlogger #2 akan mendapat sambutan yang lebih hebat. Kenapa anda harus download dan baca? sebab ada banyak cerita menarik, info dan fantasi dalam zine ini. Dan kepada sesiapa yang membantu kami menyebarkan zine ini atau membuat review ini di blog masing masing, kami juga akan promote blog anda di wall KakiBlogger di facebook. Sekian, selamat membaca! :) download klik SINI.




    Ini adalah post pertama dari Official KakiBLOGGER Blog. Mulai dari hari ini, semua perkara seperti yang dinyatakan dibawah akan dipostkan di entry blog ini.
    • Semua aktiviti yang dianjurkan oleh KakiBLOGGER.
    • Sebarang contest yang dianjurkan oleh KakiBLOGGER.
    • Sebarang undian dalam menentukan sesuatu dalam KakiBLOGGER.
    • Post-post yang menarik minat admin KakiBLOGGER.
    • Pengumuman-pengumuman penting dari KakiBLOGGER.
    Sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyertai komuniti KakiBLOGGER. Sebarang pertanyaan boleh lah dihantar ke blog ini ataupun kepada mana-mana admin.

    Salam dari Admin :