Alhamdullilah, zine kedua KakiBlogger sudah pun dipublish malam semalam. Harap yang dah download dan baca tu boleh buat review di blog masing masing dan post kan link entri tersebut di fan page dan kami akan promote entri tersebut di fan page. Ada sesuatu yang istimewa sedikit dalam zine kali ini. :) Apa yang menarik dalam zine kali ini?

 “Tak salah hidup bersosial. Bercakap dengan kucing pun kekadang bagi aku tuh pun bersosial. As long as kucing tak bercakap balik kat aku. Itu dah bukan sosial dah.” - Maria MNayan

 “"Kami nak berlumba ke apa ke tak kacau hidup orang lah , ada kami kisah , nak accident ke mati ke . Mati tanam . Itu tanda kami ni , sukakan cabaran . Kalau menang dapat lah habuan . Eh , bukan kami yang cari perempuan tu dia yang datang sendiri. Pape pun gua tak kacau orang lah ! " - Amiey White

 “ibu pernah mengatakan kepada aku. "kau jangan sampai ayah pecahkan laptop kau" . aku buat tak tau sebab aku tak percaya. aku pergi kerja macam biasa dan kehidupan seharian aku berjalan seperti selalu. kerja, balik, facebook, bangun lambat.” - Shukri Salim

 “Eh, apa nenek saya nak buat dengan beg plastik hitam tu? ! Kenapa dia terus sumbatkan saya dalam beg plastik hitam ni?!  Awak..gelapnya dalam ni. Saya takut. Saya menangislah kuat-kuat panggil mak saya”- Shafiza Hussaini

 “Ha. Dup dap dup dap jantung aku. Berdebar gila siot. Dia plak makin dekat dengan aku. Makin dekat dan makin dekat. Aku jadi tak tentu arah tapi ntah kenapa aku biarkan saja apa dia buat kat aku. Dan selepas itu..” - Ayin Ayob

 “semua manusia buat silap.. apa  yg penting kesedaran dalam diri perlu ada and yakin pada diri jugak kena ada .. “ - Nina Syakira

 “Aku terkantoi pada malam ke 14 kita kuaq malam. Lagu ni cerita dia...Mak aku tiap tiap malam rupanya dia bilang anak anak dia time kami semua dah tidoq..Tapi dia takkan bukak lampu sebab tak mau kejutkan kami. Aku terdengaq perbualan makpak aku time nak kuaq senyap senyap.Lagu ni perbualan depa...” - Nub

“Aku masih bersih walaupun aku seorang perokok. Mereka gembira dengan apa yang mereka lakukan. Aku bukan family diorang nak marah-marah. Selagi diorang tak guna jarum suntikan dah kira ok kerana bila bila mereka dah mula gunakan jarum suntikan, selamat tinggal kawan.”  – Chuck Zipper 

 Tapi jangan la kita jemu berdoa agar Allah ampunkan dosa kita.. Bertaubat.. InsyAllah dosa kita diampunkan.. Selalu berdoa agar Allah ampunkan dosa-dosa kita sama ada dosa yang kita sedar mahupun tak sedar atau dosa yang kita sengaja buat mahupun tak sengaja..” – Sha Qiffmie

 " Assalammualaikum ya Amir si tua nyanyuk. Nie mai nak habaq kat hang. Hari ni hari jumaat. Pukoi dua memang la dia free. Tapi kita nie Abang Amir oi kena pi semayang! ...” – Zoul Zombie

“arus air semakin deras dan beliau terus hanyut dan hanyut sehingga masuk  ke dalam lubang paip dan tidak kelihatan lagi.....” – Ayuni Shukor

*dan zine kali ini memberikan anda komik aksi pertama KakiBlogger oleh Lavender Harum Wangi.*

zine ini anda boleh download secara percuma dalam bentuk pdf di link berikut.











9 comments:

Amiey White said...

Terbaik !!!

lavender harum wangi said...

wow~ >.<

XIX Dragunov said...

*dan zine kali ini memberikan anda komik aksi pertama KakiBlogger oleh Lavender Harum Wangi.*

voke pulak aku tengok LHW ni~wakakaka

Shafiza said...

http://walksinshafizashoes.blogspot.com/2011/03/zine-2-sosial-from-kakiblogger.html.

Dah buat review~ ;)

Chuck said...

:) Good job team.

doyah said...

mantabbbb :)

lavender harum wangi said...

XIX Dragunov : vouge la sgt~ cokya je.. =.="

Unknown said...

blh tak send dekat email sy..coz ofc i block la benda2 yg nk download dr tenet..

Zoul said...

boleh jari, nak email?